|
|
Manual Pengguna |
|
|
|
|
Semua pengguna yang ingin log masuk ke sistem ini diwajibkan mendaftar terlebih dahulu sebelum berjaya mengakses sistem AgrobIS.
Gambarajah 1 menunjukkan paparan halaman “Legal Notice and Disclaimer” apabila pengguna klik pada pautan “User Registration”. |
|
|
|
Gambarajah 2 menunjukkan paparan halaman pendaftaran pengguna baru. Semua maklumat mestilah diisi dan status semua pendaftaran pengguna baru akan di tentukan oleh Pentadbir sama ada diterima atau tidak.
Sekiranya diluluskan oleh Pentadbir, pengguna baru tersebut akan diberitahu sama ada melalui telefon atau pun e-mel. |
|
|
|
Pengguna berdaftar/ Pentadbir perlu memasukkan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) pada kekotak kecil “User Login” untuk mengakses sistem ini.
Gambarajah 3 menunjukkan paparan halaman “User Login” apabila pengguna klik pada pautan “Member Login”.
Paparan utama akan dipaparkan kepada pengguna mengikut kelas pengguna iaitu Pengguna Berdaftar, Penyelidik dan Pentadbir setelah berjaya mengakses sistem AgrobIS. |
|
|
|
Paparan pada Gambarajah 4 adalah paparan utama kepada Pengguna Berdaftar setelah berjaya mengakses masuk ke dalam Sistem AgrobIS. |
|
|
|
Bagi carian Plant, senarai Accession Number akan dipaparkan setelah pilihan dibuat dan menekan butang “Search”.
Gambarajah 5 menunjukkan antara senarai Accession Number yang akan dipaparkan sekiranya selesai membuat pilihan.
Maklumat terperinci bagi setiap Accession Number boleh diperolehi dengan klik gambar bagi Passport Details atau pun Characterization Details. |
|
|
|
Bagi carian Microbes, senarai Isolates akan dipaparkan setelah pilihan dibuat dan pengguna menekan butang “Search”.
Gambarajah 6 menunjukkan antara senarai Isolates yang akan dipaparkan sekiranya selesai membuat pilihan.
Maklumat terperinci bagi setiap Isolates boleh diperolehi dengan klik gambar pada Details. |
|
|
|
Bagi carian Arthropods, senarai Specimen Code akan dipaparkan setelah pilihan dibuat dan menekan butang “Search”. Carian boleh dibuat samaada memilih dari senarai Category dan Genus atau hanya memilih senarai Function.
Gambarajah 7 menunjukkan antara senarai Specimen Code yang akan dipaparkan sekiranya selesai membuat pilihan.
Maklumat terperinci bagi setiap Specimen Code boleh diperolehi dengan menekan gambar bagi Details. |
|
|
|
Gambarajah 8 menunjukkan antaramuka bagi maklumat peribadi pengguna.
Maklumat peribadi pengguna merangkumi nama pengguna, email, nombor telefon dan kata laluan (password). Mesej akan dipaparkan sekiranya maklumat peribadi telah berjaya dikemaskini.
Selain itu, pautan "Logout" disediakan sekiranya pengguna ingin keluar dari sistem AgrobIS. |
|
|